Sabtu, 18 Mac 2017

KL Malay Mail, Tentera kongsi mata

ARKIB : 08/07/2001
KL Malay Mail dan Angkatan Tentera Malaysia seri 1-1 pada perlawanan Liga Perdana Dua di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Babak pertama ternyata hambar apabila kedua-dua pasukan tidak bernafsu untuk mencipta serangan ke arah pintu gol lawan.

Sebaik permainan disambung, KL Malay Mail bertindak garang dengan serangan bertali arus dan usaha mereka berhasil pada minit ke-63 apabila R.Surendren merembat kencang menewaskan penjaga gol Tentera Abdul Rahman Baba.

Walaupun ketinggalan satu gol, ia langsung tidak melunturkan semangat pemain Tentera dan Ahmad Nizan Ariffin melegakan pasukannya apabila menyumbat masuk gol penyamaan pada minit ke-75.

Dengan keputusan itu, Tentera dan KL Malay Mail masing-masing mengumpul 11 mata daripada 12 perlawanan.

Bagaimanapun, perbezaan jaringan meletakkan Tentera kekal di tangga ke-10 liga manakala KL Malay Mail di tempat ke-11.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4bg3tz6dJ

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 19 Februari 2017

PIALA MALAYSIA 2013- ATM

ATM
Venue: Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selayang (Kapasiti: 10,000)
Ketua Jurulatih: B. Satiananthan
Penjaga Gol: Mohd Farizal Harun, G. Jeevananthan, Mohamad Hafizuddin Azuhar.
Pertahanan: K. Reuben, Norfazly Alias, Suhhaimi Ishak, A. Varanthan, Raja Mohd Ridzuwan Effendy Raja Kamaruddin, Syafiq Azri Ahmad Kamal, Irwan Fadzli Idrus, Amirizwan Taj Tajuddin, Muhammad Safwan Hasyim, Muhammad Aizuddin Ismail.
Tengah: Mohd Fainizam Mohd Nordin, Mohd Affize Faisal Mamat, Bruno Martelotto, Muhammad Shukor Adan, Ahmad Shahidan, S.Thinagara, Christie Jayaseelan, Venice Elphi, Rezal Zambery Yahya, Syazuan Hazani, Muhammad Ammar Abdul Aziz.
Peyerangn: Marlon Alex James, Mohd Nizaruddin Yusof, Yusaini Hafiz Chee Saad, Mohd Fitri Omar, Hairuddin Omar.

Selasa, 20 Disember 2016

ATM 2000

Sementara itu, di Stadium KLFA di Cheras, Tentera mencatatkan kemenangan pertama musim ini apabila mengejutkan pasukan pilihan, Johor FC 2-0.

Johor FC yang pada awalnya dijangka tidak menghadapi masalah untuk membawa pulang mata penuh, gagal menunjukkan persembahan sebenar seperti diharapkan untuk membuka ruang buat Tentera memanfaatkan peluang.

Di sebalik gahnya nama Johor FC dengan dibarisi empat pemain dari Sabah, Tentera menguasai permainan sejak awal dan pada minit ke-15 berhasil memperoleh gol sulungnya menerusi gerakan cantik yang bermula dari sayap kiri.

Mohd. Zahid Hashim yang menerima hantaran lintang di dalam kotak penalti terus menanduk kepada rakan penyerangnya, Saifullizan Hashim yang terus merembat kencang ke penjuru kiri gol Johor pada minit ke-15.

Walaupun ketinggalan, anak buah Bruce Stowell seperti tidak berazam untuk mencari gol penyamaan apabila gagal menyusun gerakan kemas dengan hantaran-hantaran liar kepada rakan di bahagian serangan.

Pasukan dari selatan itu mendapat dua peluang terbaik untuk menghasilkan gol pada minit ke-20 dan 40, masing-masing menerusi penyerang utamanya, Sheikh Ahmad Redzuan dan Azni Ariffin, tetapi hanya dua percubaan itu yang benar-benar mendebarkan kubu tuan rumah sepanjang perlawanan tersebut.

Pada babak kedua, Stowell membuat tiga pertukaran termasuk menggantikan Md. Shahrul Ismail dengan Harun Laban, namun bekas penyerang Sabah itu gagal menerima sokongan rakan-rakan dari bahagian tengah.

Kealpaan benteng Johor FC pada minit-minit terakhir sekali lagi mengundang padah apabila pemain gantian, Mohd. Zain Roslan membuat hantaran lintang dari sebelah kiri, dan umpanan cantiknya berjaya disempurnakan dengan tandukan kemas Rosli Dollah, pemain yang turut dimasukkan pada babak kedua untuk gol kedua Tentera.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4TNJSPiJt © Utusan Melayu (M) Bhd

Khamis, 1 Disember 2016

ATM kekal di Liga Premier

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
 
PEMAIN ATM (jersi biru) pastinya lega kerana mereka masih kekal bersaing dalam Liga Premier musim depan bagi menggantikan tempat pasukan DRB-Hicom yang menarik diri.

SKUAD Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lega kerana kekal bersaing dalam Liga Premier musim depan.

Mereka seharusnya mengucapkan terima kasih kepada DRB-Hicom FC yang menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan dan ia telah membuka ruang buat ATM untuk kembali ke Liga Premier.

ATM yang menamatkan saingan di tempat ke-11 pada kempen Liga Premier 2016 telah diturunkan pangkat ke Liga FAM musim depan bersama-sama pasukan di tangga tercorot, Sime Darby.

Pada saingan musim ini ATM sekadar mengumpul 15 mata menerusi empat kemenangan, tiga seri dan 15 kekalahan.

Kedudukan ATM untuk kekal bersaing dalam Liga Premier musim depan disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam semalam.

Menurut Kevin, ATM akan menggantikan DRB-Hicom yang menarik diri daripada saingan Liga Premier musim depan.

Jelas Kevin, FMLLP telah mengusulkan pertimbangan serta kelulusan melalui resolusi kepada Ahli Lembaga Pengarah FMLLP dan mereka telah memutuskan untuk mengekalkan ATM bersaing dalam Liga Premier musim depan.

Katanya, situasi itu sama seperti tahun sebelumnya yang mana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah meluluskan untuk mengekalkan Kuala Lumpur yang berada di tangga ke-11 Liga Premier 2015 bersaing dalam Liga Premier 2016.

“Pengganti kepada DRB-Hicom adalah ATM kerana mereka berada di kedudukan tangga ke-11 Liga Premier musim ini.

“Kaedah ini sama seperti FAM mengekalkan Kuala Lumpur yang turut berada di tangga ke-11 dalam saingan Liga Premier musim lalu yang mana wakil Singapura, Lions XII tidak lagi bersaing di Liga M tahun ini.

“Jadi, Ahli Lembaga Pengarah FMLLP telah memutuskan ATM menjadi pasukan pengganti kepada DRB-Hicom. Oleh yang demikian, pasukan ATM dikehendaki membuat pengesahan penyertaan secara rasmi kepada FMLLP pada atau sebelum pukul 5 petang, Jumaat depan (9 Disember),” kata Kevin ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Kosmo! semalam melaporkan FMLLP telah mengesahkan DRB-Hicom bertindak menarik diri daripada kancah Liga M musim depan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan tetapi kelab itu akan memberikan fokus kepada aspek pembangunan bola sepak.

Ketika ditanya kemungkinan aksi play-off bakal diadakan untuk mencari pengganti DRB-Hicom, Kevin menegaskan bahawa perlawanan tersebut tidak akan berlaku.

“Seperti saya katakan, kaedah untuk menentukan pengganti DRB-Hicom adalah sama seperti tahun lalu dan keputusan telah dicapai yang mana ATM akan terus kekal dalam saingan Liga Premier musim depan,” ujarnya.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4RdMoxudQ Hakcipta terpelihara

Selasa, 29 November 2016

Perdana Dua: Tentera menang bergaya

ARKIB : 11/04/1999
TENTERA memperbaiki kedudukan dalam carta bola sepak Liga Perdana Dua apabila menang 2-0 ke atas juara Piala FAM, Telekom Melaka pada perlawanan di Stadium KLFA, Cheras, semalam.

Kedua-dua gol Tentera hadir pada setiap separuh masa dengan gol pertama dijaringkan oleh Yaacob Haris pada minit ke-30.

Wong Sai Kong melebarkan jaringan untuk Tentera pada babak kedua menerusi jaringannya pada minit ke-77 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu adalah kali kedua daripada enam perlawanan bagi Tentera yang sekali gus melonjakkan skuad 'Si Baju Hijau' ke tangga keenam daripada kesembilan dalam liga dengan tujuh mata mengatasi Telekom Melaka di tempat kelapan dengan lima mata

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4RTCi40P5 © Utusan Melayu (M) Bhd