Selasa, 29 November 2016

Perdana Dua: Tentera menang bergaya

ARKIB : 11/04/1999
TENTERA memperbaiki kedudukan dalam carta bola sepak Liga Perdana Dua apabila menang 2-0 ke atas juara Piala FAM, Telekom Melaka pada perlawanan di Stadium KLFA, Cheras, semalam.

Kedua-dua gol Tentera hadir pada setiap separuh masa dengan gol pertama dijaringkan oleh Yaacob Haris pada minit ke-30.

Wong Sai Kong melebarkan jaringan untuk Tentera pada babak kedua menerusi jaringannya pada minit ke-77 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu adalah kali kedua daripada enam perlawanan bagi Tentera yang sekali gus melonjakkan skuad 'Si Baju Hijau' ke tangga keenam daripada kesembilan dalam liga dengan tujuh mata mengatasi Telekom Melaka di tempat kelapan dengan lima mata

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4RTCi40P5 © Utusan Melayu (M) Bhd